Sunday, December 7, 2008

Keajaiban Penciptaan Lebah

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minumam (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

(Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 68-69).

Lebah merupakan sejenis haiwan yang sering disebutkan secara tersirat dalam Al-Quran. Sehingga Surah yang ke 16 iaitu An-Nahl bermaksud "Lebah". Jika dikaji begitu banyaknya perkataan "lebah" dalam Al-Quran merupakan sebuah indikasi yang membawa penuh pesona dan menakjubkan.

Keajaiban, kenikmatan, serta rahsia yang terkandung dalam lebah itu sendiri. Disebalik maksud penciptaannya, sungguh banyak hikmah dan manfaat yang terdapat pada lebah. Kerana itu sebuah Hadits Rassulullah SAW mengibaratkan kaum muslimin bagaikan seekor lebah.

Korang semua, pernahkah korang tengok rupa lebah tu atau minum madu yang dihasilkan lebah itu sendiri?

Nak tahu tak, macam mana lebah menghasilkan madu yang mempunyai nilai kebaikkan yang tinggi dan bermanfaat sebagai obat bagi seluruh manusia. Lebah adalah serangga sosial yang unik, menarik dan penuh manfaat. Keunikkannya antara lain adalah pada sistem anatomi, sistem perkahwinan, tingkah laku serta kemampuan mengubah debunga dan nektar pada tanaman menjadi madu!

Selain madu, lebah juga memproduksi lilin lebah, larva lebah, pollen, royal jelly, propolis, sengat lebah (bee venom) dan fungsinya sebagai polinator (membantu proses penyerbukan tanam-tanaman).

Friday, November 21, 2008

Michael Jackson masuk Islam


Antara berita yang penting di akhir tahun 2008 nie. Dunia hiburan Amerika terkejut tentang seorang Raja Pop terkenal negara mereka iaitu seorang Afrika-Amerika, penari yang beraliran Metroseksual, terkenal dengan pembedahan plastik 100% dari seluruh anggota badanya, Michael Jackson memilih Islam sebagai agamanya.

Orang seperti Michael Jackson cukup banyak di Amerika. Beberapa orang antaranya yang dikenali adalah Hussein Barack Obama, dengan megucapkan Kalimah itu, dia telah mengakui masuk kedalam agama yang penuh kedamaian. Walaupun ada segelintir orang-orang yang mempunyai teori bahawa masih ada orang yang berpegang teguh dengan agama dan sangat tidak mungkin untuk seorang penghibur atau ahli politik memikirkan agama dengan serius.

Tak ada pun yang salah dengan Atheisme, Kristain, Buddha, Islam atau apapun agamanya sepanjang individu itu tidak melakukan kejahatan dan tidak mengganggu orang lain serta kebebasan memilih agama itu adalah hak setiap warga manusia.

Aku tak yakin kalau Michael Jackson akan cuba mempromosikan Islam melalui dirinya. Ini adalah pilihan hati seseorang jika memang dia tertarik dengan agama yang penuh persaudaraan dan kesetiaan ini. Aku juga dapat bayangkan bahawa Michael Jackson pasti akan mudah diterima di timur tengah dengan gayanya tersendiri disamping menjaga sikapnya mengikut syariah Islam.

Dia mungkin akan di kritik oleh sebahagin fundamental dan radikal yang akan mengatakan bahawa Michael Jackson cuba untuk "membaratkan Islam", atau beberapa tuduhan bodoh yang lain. Dan jika suatu hari dia meninggalkan Islam dan kembali ke agama asalnya, maka mungkin itu akan membahayakan nyawanya apabila terdapat clip video dimana Michael berada di Afganistan atau Iraq sambil tangan dan matanya di tutup lalu di hukum bunuh seperti keberadaan tentera Amerika yang menyerang Iraq secara tidak sah oleh PBB.

Pada berita macam nie, aku rasa cukup terhibur dan mudah-mudahan itu akan menjadi tren bagi orang-orang terkenal di Amerika selama mereka tidak menjadikan Islam sebagai batu loncatan untuk meraih sesuatu. Biarlah pilihan pegangan kepercayaan itu lahir dari hati masing-masing. Dan ia bukansebuah isu melainkan hanya berita gembira untuk semua bahawa Islam itu tidak terbatas dan menerima siapapun dan memaafkan apapun kesalahan orang lain seperti Michael yang telah berubah menjadi "anak patung Barbie".

Semoga Allah mengampunkan ko Michael.....

Thursday, November 20, 2008

Yuwie


Yuwie! Ialah sebuah laman web macam Social Networking macam Friendster juga. Didirikan di Oklahoma Emerika Syarikat. Korang mesti tau apa bende nyer Friendster tue kan? Kalau tak tau, aku pun tak reti nak cakap apa.... mungkin tersangat newbie agaknya. Keylah.. aku citer sikit arr apa tu Friendster...

Sebenarnya Friendster merupakan oleh bebudak remaja, orang dewasa, mak budak, bapak budak termasuk tok nenek budak tuntuk saling berkenalan, kirim mesej, sharing gamba dan memacam lagi... Dan Yuwie juga kurang lebih macam tue arr...

Tapi ada kelebihan kat Yuwie nie. Kat sini kita boleh Chatting yang tak ada kat Friendster! Dan yang paling best nyer, Yuwie akan bayar kita untuk semua aktiviti yang kita lakukan dalam laman web nyerr... Contohnya;
  • Diabayar masa kita bukak Profile
  • Dibayar masa kita bukak Blog
  • Dibayar masa kita bukak Album Gamba
  • Dibayar masa kita kita testi kat orang lain
  • Dibayar masa orang lain testi ke kita
  • Dibayar masa member kita tengok semua member kita yang lain
  • Dibayar masa ada orang tengok Layout kita
  • Dibayar masa member kita mesej private ngan kita.
  • Dibayar masa kita replay mesej member kita
  • Dibayar masa kita ajak orang lain join Yuwie dengan system referral
  • Dibayar masa kita buat apapun kat Yuwie!!

Kat mana Yuwie boleh bayar kita?

Pertanyaan bagus kalau tu terlintas kat kepalaotak korang!
Yuwie dibayar oleh iklan yang ada kat setiap iklan yang terpapar dan komisyen akan kita terima! So kesimpulannya, share keuntungan!


Kita kena klik atau kena beli produk-produk tu ke?

Tak payah nak klik-klak pun! Tapi nak klik pun takpe! Kalau beli lagi bagus!! Heh...!~


Macam mana cara dorang nak bayar kita?

Korang ada dua pilihan:
1. Dibayar melalui PayPal
2. Dibayar menggunakan CHECK dalam bentuk USD.

Yuwie boleh mengirim check ke berbagai negara termasuk Malaysia. Kalau korang pakai pilihan ni, biasanya kalau nak tunaikan kena fee mengikut rate Bank yang korang pakai.


Berapa Yuwie korang?

Per page yang setiap kali dibuka (per impression/view), sumer tu akan di kira 1 (1) dan akan di jumlahkan. Kurang lebih $0.50 / 10,000 view...


Macam mana nak Daftar?

Korang sendiri kena ada referral/ID yang untuk memperkenalkan web Yuwie nie. Kalau tak korang ada referral, susah susah sikit nak daftar. Masa aku memula daftar pun, aku mengalami sindrom kegagalan sebab tidak melalui referral! Korang juga kena buat bebetul masa nak isi form yang dia kasi masa nak Daftar!

Daftar kat sini: http://r.yuwie.com/mamanz/

Ini Profile Saya: http://www.yuwie.com/mamanz/

Selamat Mencuba!

Wednesday, November 19, 2008

Review: Nokia N95 8GB


Nokia telahpun memasarkan penyempurnaan Nokia N95 iaitu N95 yang di seru-serukan 8GB. N95 8GB ini datang dengan warna hitam dan hanya mengalami sedikit perubahan dari generasi sebelumnya.

Perubahan yang paling ketara adalah kapasiti memory yang cukup besar iaitu 8GB. Pada kenyataannya adalah memory keseluruhan adalah 8,2GB, termasuk system memory 100MB untuk mesej, ringtone serta lain-lain keperluan system. Kapasiti ini bertujuan untuk menyimpan file-file berukuran besar macam photo beresolusi tinggi, muzik, video dan file-file multimedia yang lain.

Kemampuan yang terdapat pada N95 8GB ini sekali pandang nampak sama dengan N95. Tapi kelebihan lebih menonjol pada sektor digital. Selain dengan Connection GPRS, 3G, HSDPA N95 8GB juga memiliki kelebihan Wi-Fi 802.11. Kemudian tampa melupakan utilities, handphone yang banyak membuat eksekutif muda tertarik untuk memilikinya ini juga di intergrasi dengan GPS dalam screen berukuran 2,8 inci dimana memungkinkan pengguna mengenali kawasan sekitar.

Walaupun hanya menggunakan screen TFT, N95 8GB lebih besar 0,2 inci daripada generasi sebelumnya dan mampu memberikan kualiti gambar hingga 16 juta color. Rasanya ini belum cukup sempurna bagi saya kerana screen masih beresolusi QVGA.

N95 8GB menggunakan batery versi terbaru 1200 mAh Li-Ion dimana lebih besar dari N95 dan tentu sahaja tidak akan menjamin daya tahan untuk waktu yang lama kerana keperluan digital bertambah pada kemampuannya berbading N95.

Hmm.. Nak beli belum mampu lagi... tengok, peggang jer lah nampaknya...

Tuesday, November 18, 2008

Toys"R"Us History


The Beginning
In 1948, 25-year-old Charles Lazarus turned his dream of creating a child-oriented business into a reality. A visionary for his time, Lazarus started a baby furniture store, Children's Bargain Town, in Washington, D.C. to cater to the post-war baby boom era. Lazarus filled his store with cribs and baby furniture and ran it single-handedly, overseeing everything from keeping the books to delivering merchandise in customers' homes.

Although quite successful with his baby furniture venture, his customers were constantly inquiring about toys for both infants and older children. After months of listening to customer requests, Lazarus finally acquiesced and began selling toys. The first toy he added to the inventory was a cradle gym. When it proved a strong seller, he added tricycles, books and other toys. Charles learned early on in the toy business that, unlike furniture, toys broke or fell out of fashion with children, prompting parents to return to the store again and again.

Almost ten years later, Charles adopted the supermarket model for his store, which allowed customers to examine and pick out products on their own and pay for them at a checkout stand. With the opening of his second store, he settled on the name Toys"R"Us with a backward "R." Although the name drew ire from parents and teachers alike for its grammatical incorrectness, Lazarus knew it was an attention-getter.

Charles believed that success meant focusing on the everyday shopper, such as a parent searching for the perfect birthday gift or a child hoping to spend his or her weekly allowance. In the pre-mall, pre-discount days, specialty retailing and off-price positioning were revolutionary concepts that Charles leveraged to his advantage. Through his ingenuity, Lazarus expanded his fledgling business into a toy conglomerate and saw his brainchild become a public company in 1978 with established community roots and a loyal customer base from coast to coast. With its iconic mascot Geoffrey the Giraffe introduced in February 1960 and the catchy jingle "I Don't Want to Grow Up, I'm a Toys"R"Us Kid," Toys"R"Us has become one of the most recognized and beloved brands in the world. Today, Toys"R"Us operates nearly 600 store locations across the United States.

Sunday, November 16, 2008

Kekecewaan Sebiji Orange


Apa pendapat korang dari hasil kreasi-ilutrasi saudara Sy41ful nieh?? Pertama kali aku tengok, macam nak nangis pun ada arr... Memang kalau dikecewakan dengan cara macam nie sakit beb! InsyaAllah aku tak akan dikecewakan macam nie... Sop... sop..

Tuesday, October 21, 2008

Review: Sony Ericsson C905


Sony Ericsson C905, Hanphone berkamera yang bukan hanya sekedar fungsi tambahan melainkan kualiti hanphone sama dengan kameranya. Sangat sesuai untuk seorang yang hobi tangkap gambar atau lebih senang dikenali dengan fotografer amir yang ingin merakamkan setiap perkara yang korang tengok.

Hanphone nie memang best dengan memiliki kelebihan Slide Form Factor yang membuatkan C905 nie nampak simple jer... Dalam kedaan belum dibuka ukuranya hanya 104mm x 49mm x 18 mm dan berat kurang lebih 136gram sehingga ia kelihatan ringkas terasa sangat ringan.

Dengan optik 8,1 megapixel mampu melakukan zoom digital sehingga 16 kali dan telah lengkap dengan kelebihan kamera digital yang lain macam flash, auto fucus, face detection, smart contrast, image stabilizer hingga red-aye reduction.

Bagi korang yang hobi dengan enterainment, C905 ni jugak dah lengkap dengan FM Radio, 3D Games, dan terpenting media player-nya yang unik. Selain tu korang juga boleh menikmati web browser yang telah di padankan bersama GPS, Bluetooth, USB, dan modem

Menatang nie di release dengan 3 color pilihan iaitu gold, silver dan black. Menggunakan screen TFT dengan screen 262.144 warna dengan resolusi 340 x 320 pixel kurang lebih 2.4 inci. Connection yang di lengkapi juga macam lengkap lah selain GSM, GPRS, EDDE dan ntah apa lagi yang aku sendiri tak reti nak sebut. Nak tau lebih lanjut, check jerk kat Sony Ericsson - Overview - C905 nie

Monday, December 3, 2007

Selipar jepun...


Selipar jepun... Benda yang sepasang nie jarang kita ambil perhatian... yelah benda yang sangat remeh tapi sangat diperlukan pada masa-masa tertentu. Di negara kita yang mempunyai iklim tropika, selipar jepun menjadi pilihan untuk acara bukan formal supaya kaki tak berpeluh...

Tapi kenapa citer pasal selipar jepun?

Banyak kisah sederhana yang tak pernah pun kita angkat sebab kita selalu melupakannya sebab ia sebuah benda yang sangat remeh. Kita selalu melupakan sebab letaknya dibawah dan tak ada makna...

Uiks jangan salah faham dulu beb! Benda ni sangat penting! Kekadang kita nak gi mesjid, mesti nak pakai selipar jepun coz takut di kebas orang kalau pakai kasut atau sandal yang memang harganya lebih mahal.

Kita selalu menggunakannya kalau kita nak ke tandas, nak pergi pasar ikan, nak jejalan kat pantai dan banyak lagi perkara yang kita buat yang semestinya kita rasa pakai selipar jepun lebih sesuai.... Tapi kita selalu melupakanya...

Pernah berlaku pada aku 3 tahun lepas dimana aku nak pergi beli kasut kat kedai. Kasut tu dah lama aku M. Tapi baru hari tu aku ada duit lebih nak beli... Tapi lepas aku beli kasut, aku rancang nak gi town jumpa awek aku. Bukan nak tayang kasut baru lah, tapi memang kitaorang dah janji... so, takkan aku jingjing selipar kehulu-kehilir... apa lagi dengan awek...

So aku amik keputusan untuk pakai selipar jepun yang dah lusuh, tipis dan buruk yang selalu aku pakai bila nak masuk jamban. Ingat dah beli kasut, terus tinggal je kat kedai kasut tu atau terus humban dalam tong sampah lagi pun dah buruk, so tak rugi la kalau buang...

Sampai kat kedai kasut, aku pun terus tanya size kasut yang aku dah M tu and tampa membuang masa terus aku pakai dan tak lupa beli kasut include sekali stokin. Pastu bayar and aku terus suh budak kedai kasut tu buangkan salam pat sampah...

Kasut dah baru, jalan dah melenggang so jap terus gi kat park keta then trus jumpa apa awek... belum sempat sampai kat car park, perut aku mengulas.... ayak!~

Perut aku rasa senak, macam nak beranak, eiii rupanya rasa nak berak.... Aku lari cari toilet... jumpa toilet... alamak?? Sekali toilet tu banjir... air sana-sini... tersumbat kot? tapi aku dah tak tahan sangat... aku nak masuk gak tak kira lah toilet sumbat ke tak....

tapi..... tapi.... huuuaaaawwwaaaa.... kasut aku... kasut aku baru...

Kasut baru aku macam mana??? Sekilas aku terbayang dengan selipar jepun yang aku baru buang tadi... tapi aku dah tak ada pilihan... terpaksa aku basahkan jugak kasut tu daripada aku terberak dalam seluar.... huuuuwwwaaa...

Menyesal aku buang selipar tadi... tengah dok temenung melepaskan bam dalam toilet, aku masih terbayang kelusuhan selipar jepun yang baru je aku buang... tapi apa nak buat... nasi dah jadi bubur... kari dan capati pun tak sedap dimakan... kasut baru aku pun dah lenjun... :(

Akhirnya aku pun balik umah dan tak jadi jumpa awek aku...

Kesimpulannya, hargailah benda apapun atau siapapun yang nampak remeh... Sebab itu akan berguna untuk kita... dan kita akan merasa kehilangan bila dah tak ada depan kita. Apa lagi kalau kita perlukannya pada waktu-waktu yang sesangat di perlukan...