Monday, December 3, 2007

Selipar jepun...


Selipar jepun... Benda yang sepasang nie jarang kita ambil perhatian... yelah benda yang sangat remeh tapi sangat diperlukan pada masa-masa tertentu. Di negara kita yang mempunyai iklim tropika, selipar jepun menjadi pilihan untuk acara bukan formal supaya kaki tak berpeluh...

Tapi kenapa citer pasal selipar jepun?

Banyak kisah sederhana yang tak pernah pun kita angkat sebab kita selalu melupakannya sebab ia sebuah benda yang sangat remeh. Kita selalu melupakan sebab letaknya dibawah dan tak ada makna...

Uiks jangan salah faham dulu beb! Benda ni sangat penting! Kekadang kita nak gi mesjid, mesti nak pakai selipar jepun coz takut di kebas orang kalau pakai kasut atau sandal yang memang harganya lebih mahal.

Kita selalu menggunakannya kalau kita nak ke tandas, nak pergi pasar ikan, nak jejalan kat pantai dan banyak lagi perkara yang kita buat yang semestinya kita rasa pakai selipar jepun lebih sesuai.... Tapi kita selalu melupakanya...

Pernah berlaku pada aku 3 tahun lepas dimana aku nak pergi beli kasut kat kedai. Kasut tu dah lama aku M. Tapi baru hari tu aku ada duit lebih nak beli... Tapi lepas aku beli kasut, aku rancang nak gi town jumpa awek aku. Bukan nak tayang kasut baru lah, tapi memang kitaorang dah janji... so, takkan aku jingjing selipar kehulu-kehilir... apa lagi dengan awek...

So aku amik keputusan untuk pakai selipar jepun yang dah lusuh, tipis dan buruk yang selalu aku pakai bila nak masuk jamban. Ingat dah beli kasut, terus tinggal je kat kedai kasut tu atau terus humban dalam tong sampah lagi pun dah buruk, so tak rugi la kalau buang...

Sampai kat kedai kasut, aku pun terus tanya size kasut yang aku dah M tu and tampa membuang masa terus aku pakai dan tak lupa beli kasut include sekali stokin. Pastu bayar and aku terus suh budak kedai kasut tu buangkan salam pat sampah...

Kasut dah baru, jalan dah melenggang so jap terus gi kat park keta then trus jumpa apa awek... belum sempat sampai kat car park, perut aku mengulas.... ayak!~

Perut aku rasa senak, macam nak beranak, eiii rupanya rasa nak berak.... Aku lari cari toilet... jumpa toilet... alamak?? Sekali toilet tu banjir... air sana-sini... tersumbat kot? tapi aku dah tak tahan sangat... aku nak masuk gak tak kira lah toilet sumbat ke tak....

tapi..... tapi.... huuuaaaawwwaaaa.... kasut aku... kasut aku baru...

Kasut baru aku macam mana??? Sekilas aku terbayang dengan selipar jepun yang aku baru buang tadi... tapi aku dah tak ada pilihan... terpaksa aku basahkan jugak kasut tu daripada aku terberak dalam seluar.... huuuuwwwaaa...

Menyesal aku buang selipar tadi... tengah dok temenung melepaskan bam dalam toilet, aku masih terbayang kelusuhan selipar jepun yang baru je aku buang... tapi apa nak buat... nasi dah jadi bubur... kari dan capati pun tak sedap dimakan... kasut baru aku pun dah lenjun... :(

Akhirnya aku pun balik umah dan tak jadi jumpa awek aku...

Kesimpulannya, hargailah benda apapun atau siapapun yang nampak remeh... Sebab itu akan berguna untuk kita... dan kita akan merasa kehilangan bila dah tak ada depan kita. Apa lagi kalau kita perlukannya pada waktu-waktu yang sesangat di perlukan...

Thursday, November 15, 2007

How to Win Friends & Influence People - Dale Carnagie


How to Win Friends & Influence People (Bagaimana mencari kawan dan Mempengaruhi Orang lain) adalah Antara buku yang terbaik yang pernah aku baca yang ditulis oleh Dale Carnagie untuk meningkatkan psikologi kita. Aku dah habis baca buku ini walaupun tak semua aku mampu terapkan tapi secara sangat perlahan aku boleh mengubah sikap dengan lebih positif.

Antara yang poin yang menarik dalam buku ni belajar membuangkan kebiasaan buruk dan memberikan aku gagasan baru dan pelajaran baru secara psikologi kehidupan untuk menghadapi dunia yang serba sulit untuk menghadapi orang lain.

Membuatkan aku dengan mudah mencari banyak kawan, meningkatkan populariti dan membuat orang lain terpikat dengan cara dan gaya berfikir. Ilmu psikologi yang diterapkan juga banyak mengajarkan bagaimana mempengaruhi orang lain secara positif dan mampu menghadapi pelbagai masalah dengan mudah dan mempunyai sudup pandang seperti dinginkan orang lain.

Buku ini sangat sesuai untuk orang yang bergerak dibidang marketing, menager sebuah syarikat, eksekutif yang setiap hari banyak menghadapi karenah pelangan hingga bos yang empunya syarikat apalagi ia mempekerjakan ramai pekerja.

Download - 2.22MB

Friday, October 19, 2007

Apa itu GPRS

GPRS atau General Packet Radio Services adalah sebuah pelayan komunikasi melalui telefon tampa wayar yang berasaskan pakej. Sistem GPRS ini digunakan mengirim data dalam bentuk Pakej Data yang biasanya seperti email, gambar digital dan melayari internet.

Biasanya GPRS sudah terpasang pada handphone jenis GSM dan IS-136, dan mampu dengan kecepatan dari 56Kbps hingga 114Kbps sehingga memungkinkan mengakses internet, mengirim data multimedia ke komputer, notebook dan handheld computer.

GPRS dibangun berdasarkan komunikasi GSM (Global System for Mobile comunication) sehingga secara teori akan lebih jimat daripada sambungan telefon selular biasa dan pelayanan yang dipakai mampu digunakan beberapa orang oleh sejumlah penggunanya sekaligus.

Wednesday, September 19, 2007

Menghapuskan Solow - MS32DLL.dll.vbs Worm

Pernahkah anda mengalami ganguan pada setiap store drive apabila di double click? Pada title web browser ada tulisan “Hacked by Godzilla” yang terjadi bada browser Internet Explorer?

Itulah antara tanda-tanda komputer anda telah dijangkiti sejenis worm yang di telah di justifikasikan oleh Avast! Antivirus sebagai Solow MS32DLL.dll.vbs dalam keluarga Worm pada awal April 2007 yang lalu.

Okey… Tutorial ini saya tulis dalam english ‘lintang pukang’ sebab pernah salah seorang bos (mat saleh) meminta tutorial ini. So saya bagi saja dan nasib baik dia boleh baca dan faham…. ready to copy this tutor!

Step 1

Type “regedit” on Run [Start Menu]

Click HKEY_Local_MiCHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > CurrentVersion > RUN

In The Run Please Delete MS32DLL.dll.vbs

After That Please close Regedit window

Step 2

Type “msconfig” on Run [Start Menu]

Select a [Startup] Tab

Uncheck “MS32DLL.dll.vbs”

Click Apply before Close Windows.

Restart Windows

Step 3

After Your Windows is Start, Please Open your..:-

Drive is a C:\ , D:\ , and more drive with right click and open!!

REMEMBER!!!! DO NOT OPEN WITH DUOBLE CLICK!!

In after your open with right click, please delete is a “MS32DLL.dll.vbs” and “autorun.inf”

If You’re not see that files, you can setting at ‘Folder Option’ > View (tab) > in the Advanced settings: (please uncheck box: Hide protected operation system files”

Example to delete: -

C:\MS32DLL.dll.vbs
C:\autorun.inf
D:\MS32DLL.dll.vbs
D:\autorun,inf
C:\WINDOWS\MS32DLL.dll.vbs

Done!

by Syaiful Bakri

Saturday, January 1, 2000