Friday, November 21, 2008

Michael Jackson masuk Islam


Antara berita yang penting di akhir tahun 2008 nie. Dunia hiburan Amerika terkejut tentang seorang Raja Pop terkenal negara mereka iaitu seorang Afrika-Amerika, penari yang beraliran Metroseksual, terkenal dengan pembedahan plastik 100% dari seluruh anggota badanya, Michael Jackson memilih Islam sebagai agamanya.

Orang seperti Michael Jackson cukup banyak di Amerika. Beberapa orang antaranya yang dikenali adalah Hussein Barack Obama, dengan megucapkan Kalimah itu, dia telah mengakui masuk kedalam agama yang penuh kedamaian. Walaupun ada segelintir orang-orang yang mempunyai teori bahawa masih ada orang yang berpegang teguh dengan agama dan sangat tidak mungkin untuk seorang penghibur atau ahli politik memikirkan agama dengan serius.

Tak ada pun yang salah dengan Atheisme, Kristain, Buddha, Islam atau apapun agamanya sepanjang individu itu tidak melakukan kejahatan dan tidak mengganggu orang lain serta kebebasan memilih agama itu adalah hak setiap warga manusia.

Aku tak yakin kalau Michael Jackson akan cuba mempromosikan Islam melalui dirinya. Ini adalah pilihan hati seseorang jika memang dia tertarik dengan agama yang penuh persaudaraan dan kesetiaan ini. Aku juga dapat bayangkan bahawa Michael Jackson pasti akan mudah diterima di timur tengah dengan gayanya tersendiri disamping menjaga sikapnya mengikut syariah Islam.

Dia mungkin akan di kritik oleh sebahagin fundamental dan radikal yang akan mengatakan bahawa Michael Jackson cuba untuk "membaratkan Islam", atau beberapa tuduhan bodoh yang lain. Dan jika suatu hari dia meninggalkan Islam dan kembali ke agama asalnya, maka mungkin itu akan membahayakan nyawanya apabila terdapat clip video dimana Michael berada di Afganistan atau Iraq sambil tangan dan matanya di tutup lalu di hukum bunuh seperti keberadaan tentera Amerika yang menyerang Iraq secara tidak sah oleh PBB.

Pada berita macam nie, aku rasa cukup terhibur dan mudah-mudahan itu akan menjadi tren bagi orang-orang terkenal di Amerika selama mereka tidak menjadikan Islam sebagai batu loncatan untuk meraih sesuatu. Biarlah pilihan pegangan kepercayaan itu lahir dari hati masing-masing. Dan ia bukansebuah isu melainkan hanya berita gembira untuk semua bahawa Islam itu tidak terbatas dan menerima siapapun dan memaafkan apapun kesalahan orang lain seperti Michael yang telah berubah menjadi "anak patung Barbie".

Semoga Allah mengampunkan ko Michael.....

No comments: